Tuesday, August 17, 2010

RINDU RAMADHAN.....

HU...
baru sahaja sebentar tadi akak feliz terbaca satu entry dari kawan akak feliz yang sangat rapat. Dia juga seorang blogger yang penulisannya sangat cantik dan santai. Seronok akak feliz baca entry dia.

Dalam entry GBB SMKAB(GENG BILIK BACAAN) tu, terkenanglah zaman akak feliz dengan blogger villa igauan ni masa kami sekolah dulu. Dalam kumpulan tu ada 6 orang, akak feliz, villa igauan, marziah cikgu seni, mastura cikgu tadika, liyana cikgu KH dan Alang orang ekonomi. Banyak la kenangan yang telah berlaku dalam bilik bacaan asrama tu. Kena tegur dengan ustaz sebab buat bilik bacaan macam tempat tidur.... Hik! Malu pulak bila fikir-fikir balik. Dalam bilik tu juga kami bergurau senda... baca buku sambil tidur..... Terbongkang bergelimpangan di atas lantai atau pun di atas kerusi... Kesimpulannya, macam-macam la kami buat!

Em... Rindunya nak jumpa kawan-kawan lama.... Entah macam mana la kehidupan mereka menghadapi alam dewasa ni ye! Entah makan ke tidak... Ni bulan Ramadhan macam ni, entah cukup ke tidak makanan berbuka.... Entah bersahur ke tidak kawan-kwan ku ini... Dulu dekat asrama, kami makan nasi untuk berbuka puasa. Pinggannya.. Ya Allah! Besar dulang! Bapok besor! Sapa yang pernah masuk asrama tu, em...tahulah... Bila lepas makan buah kurma tu, boleh dikatakan, 99% pelajar di situ buang biji kurma tu dalam pinggan dan bergemalah bunyi biji kurma yang keras tu di pinggan. Takk! Bergema tau dewan makan asrama dengan bunyi ni! Ha... suasana macam ni, akak feliz dah tak rasa dah sekarang....

Akak feliz nak bercerita sikit pasal kawan akak feliz villa igauan ni.... ha.... Nama villa igauan ni, sebenarnya nama salah satu cerpen yang pernah villa igauan hasilkan. Inilah cerpen pertama yang masuk dalam majalah tunas cipta (ehek! salah, bukan tunas cipta tapi dewan siswa... maaf ye villa igauan..) zaman kami sekolah di tingkatan 4 dulu. Ha... Bangga tahu ada kawan penulis macam ni... Akak feliz selalu baca hasil tulisan villa igauan dan sememangnya mesej-mesej yang disampaikan semuanya baik, ada matlamat, ada tujuan. Penulisannya sangat santai, tak payah susah-susah nak buka kamus ke cari makna perkataan-perkataan yang bombastik.

Akak feliz suka baca semua yang villa igauan ni tulis walaupun ia hanya sekadar satu ucapan. Bahasanya mudah tetapi indah. Ha.... Kalau ada viewer yang nak kenal villa igauan ni, silalah menghinggapi villa beliau....

Semoga kita berenam ini tabah menghadapi kehidupan kita yang berliku-liku ini.... Amin..

1 comment:

  1. Hahahaha..

    Feliz.. ketawa besar saya baca entri ini. Serius terimbau kenangan zaman sekolah dulu.. huk!

    *pembetulan: Dewan Siswa kak bukannya tunas cipta. hihi.

    ReplyDelete