Sunday, August 15, 2010

5 Ramadhan

ehm..... he.... bertemu lagi ye!

Akak feliz baru je balik dari kampung halaman... ha.... Cuti hujung minggu je. Tak puas....

em.... ni akak feliz ada sediakan lirik lagu dari kumpulan brothers yang bertajuk, "Ramadhan". ha... lagu ni sedap, maknanya tinggi, indah. Rugi la kalau ada orang yang tak pernah dengar lagu ni. ni kalau dengar time malam-malam ni, peh! Memang menyayat hati.(Bukan meneydihkan tau! MENGINSAFKAN!"

SILA HAYATI BAIT LIRIKNYA.... TERIMALAH....

Bertemu kembali dengan ramadhan
Ku rasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
kau pertemukanku semula
Ramadhan yang mulia

(brigde)
Di ramadhan Ya Allah
Rahmat mu ku rasa
Ku Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunanMu
Melangit tinggi

(Chorus)
Ramadhan rahmat dari ilahi
Banyakkan ibadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh maghfirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia

Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
ramadhan pujian ilahi
mengajar erti kesabaran dan kesetiaan

(Brige)
(Chorus)

Andainya ini ramadhan terakhir bagi ku
Ku harap ianya kan membelaku di akhirat nanti

(chorus 2x)

Ha.... Apa macam? Kita selalu sangat menganggap yang kita ni akan bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang tapi, betul ke? Boleh ke kita bertemu Ramadhan tahun depan sekali lagi? ha.... Hidup mati ni kita tak tahu bila.... sebab musabab kepada kematian seseorang tu tak semestinya pada sakitnya atau pada umurnya. Macam-macam boleh jadi puncanya.... Jatuh longkang pun boleh mati kalau Allah mengizinkan ianya berlaku sebegitu.... Ha....

Takut tu memang la takut bila kita fikir perkara-perkara macam ni, tapi semua tu takde maknanya kalau kita TAK berusaha memperbaiki diri kita yang memang sedia terbengkalai ni... Akak feliz pun tengah cuba untuk berubah... Anda? Marilah kita sama-sama berubah.. Entah umur kita ni pendek ke panjang pun tak tahu...

Dalam lirik lagu ni ada sebut tentang "hamba yang setia". Hamba yang setia? Macam mana nak jadi hamba yang setia ni? Apa maksudnya? Ha.... Susah nak jawab soalan ni tapi kalau kita semua mahu dapat redha Allah, mesti kita akan berusaha kan? REDHA Allah itu adalah segala-galanya bagi seorang muslim sebenar. Bagaimana kita nak hidup tenang kalau tiada redha Allah?

okey, bayangkan.... Kalau kita dapat duit, kita berbelanja tapi walaupun dah banyak, tetap rasa tak puas. Bila kita makan, tak rasa nikmat. Yang murah tak sedap, yang mahal pun tak sedap! ish,ish,ish........... Ha bila semua kerja buat rasa tak kena, tak puas, itu maknanya kita ada masalah ni...

Ada orang takut mati... Ya, tapi macam mana kalau kita tidak diredhai oleh Allah? Takut tak? Hu.... macam mana nak berhadapan dengan Allah nanti? Macam mana nak hidup di akhirat kelak? Masa tu, takde sapa yang boleh tolong, yang boleh carikan perlindungan untuk kita.. Macam mana? Hu.... menakutkan...

Akak feliz bukan orang pandai agama. Hnaya mahu hidup dengan RedhaNyA. Susah kita bila hati tak tenang.ITU SAHAJA. Marilah kita semua mengejar Redha Allah. Mulai sekarang, marilah kita tukar matlamat hidup kita iaitu, " AKU HIDUP DEMI REDHA DAN CINTA ALLAH!" Okey, semua orang, jom tukar profile diri kita!

No comments:

Post a Comment