Tuesday, August 17, 2010

RINDU RAMADHAN.....

HU...
baru sahaja sebentar tadi akak feliz terbaca satu entry dari kawan akak feliz yang sangat rapat. Dia juga seorang blogger yang penulisannya sangat cantik dan santai. Seronok akak feliz baca entry dia.

Dalam entry GBB SMKAB(GENG BILIK BACAAN) tu, terkenanglah zaman akak feliz dengan blogger villa igauan ni masa kami sekolah dulu. Dalam kumpulan tu ada 6 orang, akak feliz, villa igauan, marziah cikgu seni, mastura cikgu tadika, liyana cikgu KH dan Alang orang ekonomi. Banyak la kenangan yang telah berlaku dalam bilik bacaan asrama tu. Kena tegur dengan ustaz sebab buat bilik bacaan macam tempat tidur.... Hik! Malu pulak bila fikir-fikir balik. Dalam bilik tu juga kami bergurau senda... baca buku sambil tidur..... Terbongkang bergelimpangan di atas lantai atau pun di atas kerusi... Kesimpulannya, macam-macam la kami buat!

Em... Rindunya nak jumpa kawan-kawan lama.... Entah macam mana la kehidupan mereka menghadapi alam dewasa ni ye! Entah makan ke tidak... Ni bulan Ramadhan macam ni, entah cukup ke tidak makanan berbuka.... Entah bersahur ke tidak kawan-kwan ku ini... Dulu dekat asrama, kami makan nasi untuk berbuka puasa. Pinggannya.. Ya Allah! Besar dulang! Bapok besor! Sapa yang pernah masuk asrama tu, em...tahulah... Bila lepas makan buah kurma tu, boleh dikatakan, 99% pelajar di situ buang biji kurma tu dalam pinggan dan bergemalah bunyi biji kurma yang keras tu di pinggan. Takk! Bergema tau dewan makan asrama dengan bunyi ni! Ha... suasana macam ni, akak feliz dah tak rasa dah sekarang....

Akak feliz nak bercerita sikit pasal kawan akak feliz villa igauan ni.... ha.... Nama villa igauan ni, sebenarnya nama salah satu cerpen yang pernah villa igauan hasilkan. Inilah cerpen pertama yang masuk dalam majalah tunas cipta (ehek! salah, bukan tunas cipta tapi dewan siswa... maaf ye villa igauan..) zaman kami sekolah di tingkatan 4 dulu. Ha... Bangga tahu ada kawan penulis macam ni... Akak feliz selalu baca hasil tulisan villa igauan dan sememangnya mesej-mesej yang disampaikan semuanya baik, ada matlamat, ada tujuan. Penulisannya sangat santai, tak payah susah-susah nak buka kamus ke cari makna perkataan-perkataan yang bombastik.

Akak feliz suka baca semua yang villa igauan ni tulis walaupun ia hanya sekadar satu ucapan. Bahasanya mudah tetapi indah. Ha.... Kalau ada viewer yang nak kenal villa igauan ni, silalah menghinggapi villa beliau....

Semoga kita berenam ini tabah menghadapi kehidupan kita yang berliku-liku ini.... Amin..

Sunday, August 15, 2010

5 Ramadhan

ehm..... he.... bertemu lagi ye!

Akak feliz baru je balik dari kampung halaman... ha.... Cuti hujung minggu je. Tak puas....

em.... ni akak feliz ada sediakan lirik lagu dari kumpulan brothers yang bertajuk, "Ramadhan". ha... lagu ni sedap, maknanya tinggi, indah. Rugi la kalau ada orang yang tak pernah dengar lagu ni. ni kalau dengar time malam-malam ni, peh! Memang menyayat hati.(Bukan meneydihkan tau! MENGINSAFKAN!"

SILA HAYATI BAIT LIRIKNYA.... TERIMALAH....

Bertemu kembali dengan ramadhan
Ku rasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
kau pertemukanku semula
Ramadhan yang mulia

(brigde)
Di ramadhan Ya Allah
Rahmat mu ku rasa
Ku Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunanMu
Melangit tinggi

(Chorus)
Ramadhan rahmat dari ilahi
Banyakkan ibadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh maghfirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia

Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
ramadhan pujian ilahi
mengajar erti kesabaran dan kesetiaan

(Brige)
(Chorus)

Andainya ini ramadhan terakhir bagi ku
Ku harap ianya kan membelaku di akhirat nanti

(chorus 2x)

Ha.... Apa macam? Kita selalu sangat menganggap yang kita ni akan bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang tapi, betul ke? Boleh ke kita bertemu Ramadhan tahun depan sekali lagi? ha.... Hidup mati ni kita tak tahu bila.... sebab musabab kepada kematian seseorang tu tak semestinya pada sakitnya atau pada umurnya. Macam-macam boleh jadi puncanya.... Jatuh longkang pun boleh mati kalau Allah mengizinkan ianya berlaku sebegitu.... Ha....

Takut tu memang la takut bila kita fikir perkara-perkara macam ni, tapi semua tu takde maknanya kalau kita TAK berusaha memperbaiki diri kita yang memang sedia terbengkalai ni... Akak feliz pun tengah cuba untuk berubah... Anda? Marilah kita sama-sama berubah.. Entah umur kita ni pendek ke panjang pun tak tahu...

Dalam lirik lagu ni ada sebut tentang "hamba yang setia". Hamba yang setia? Macam mana nak jadi hamba yang setia ni? Apa maksudnya? Ha.... Susah nak jawab soalan ni tapi kalau kita semua mahu dapat redha Allah, mesti kita akan berusaha kan? REDHA Allah itu adalah segala-galanya bagi seorang muslim sebenar. Bagaimana kita nak hidup tenang kalau tiada redha Allah?

okey, bayangkan.... Kalau kita dapat duit, kita berbelanja tapi walaupun dah banyak, tetap rasa tak puas. Bila kita makan, tak rasa nikmat. Yang murah tak sedap, yang mahal pun tak sedap! ish,ish,ish........... Ha bila semua kerja buat rasa tak kena, tak puas, itu maknanya kita ada masalah ni...

Ada orang takut mati... Ya, tapi macam mana kalau kita tidak diredhai oleh Allah? Takut tak? Hu.... macam mana nak berhadapan dengan Allah nanti? Macam mana nak hidup di akhirat kelak? Masa tu, takde sapa yang boleh tolong, yang boleh carikan perlindungan untuk kita.. Macam mana? Hu.... menakutkan...

Akak feliz bukan orang pandai agama. Hnaya mahu hidup dengan RedhaNyA. Susah kita bila hati tak tenang.ITU SAHAJA. Marilah kita semua mengejar Redha Allah. Mulai sekarang, marilah kita tukar matlamat hidup kita iaitu, " AKU HIDUP DEMI REDHA DAN CINTA ALLAH!" Okey, semua orang, jom tukar profile diri kita!

Thursday, August 12, 2010

2 RAMADHAN!

HA.... Ari ni akak feliz nak cakap satu benda lagi.... ha... Adakah puasa meletihkan kita semua? Letih ke?

ha.... puasa ni ada banyak kelebihan. salah satunya adalah berkaitan dengan kesihatan mental. kesihatan mental? meh kita tengok ramai-ramai.... begini.... akak feliz ada la menerawang di ruang sesawang yang lain dan ada la terbaca pasal puasa dan kesihatan. daripada apa yang akak feliz faham, puasa ni tak pernah pun memudaratkan tubuh mana-mana manusia yang mengamalkannya tapi, kena la puasa ikut cara yang betul.... bersahur.... cepatkan bersahur..... ha.... tak gitu?

dah banyak kajian saintifik yang menunjukkan bahawa puasa ni membuatkan kesihatan tubuh seseorang individu itu lebuh baik. ha... paling senang cerita, puasa ni mampu membantu dalam permasalahan berat badan dan metabolisme lemak dalam badan. ha.... nak kurus? Jom puasa!

puasa juga membantu metabolisme dalam badan untuk menjadi lebih stabil. kadar gula, garam, dan lemak akan berkurangan disebabkan oleh pengurangan pengambilan makanan dan pada masa yang sama, ia memudahkan badan kita untuk menjalankan proses ditoxification (buang bahan yang tak perlu atau beracun dalam badan...). penyakit-penyakit kronik macam kencing manis, darah tinggi dan kadar kolestrol yang tinggi dapat dikawal dengan mudah tanpa penggunaan dos ubat yang tinggi... ha...

ada satu kajian terhadap 32 lelaki ynag berpuasa di Bulan Ramdahan, didapati peratus kolesterol mereka menurun sebanyak 7.9% dan lemak trigliserida juga menurun sebanyak 30 % berbanding sebelum mereka mula berpuasa. ha.. tinggi tu... ni maksudnya, puasa dapat membantu mengurangkan lemak-lemak dalam badan kita ni. ha... tak payah minum jus, tak payah susah-susah melompat ke sana ke mari. ha... dah kurus! sihat lagi! tak nak ke sihat.....

kalau kita pose betul-betul.... InsyaAllah, semua okey, pose pun berkesan. yang boleh jadi tak berkesannya bila nak buka pose tu dia! bak kata ustaz jap tadi, ha macam dalam restoran! penuh bermeja-meja!

akak feliz ada la baca... bulan TAQWA ni... banyak-banyakla... minum air kosong... nak elak dehydration....

aduh... nak sambung makan lagi la.... tapi bukan benda berat ye...
sekian......

hujan lebat... sejuk! bestnye tidor...... esok cuti! yeye!

Wednesday, August 11, 2010

1 RAMADHAN INI...

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM...

EGH.... ALHAMDULULILLAH.... kenyangnye....

Ha... tu la nikmatnya berbuka puasa... bukan kenyang je tau. Terasa nikmat makanan tu... Biarlah makan nasi putih dengan kangkung goreng belacan saja pun sodap.... Sebelum ni, air sirap takde makna apa-apa pun tapi bila dah puasa ni, air kosong bodoh (kosong la...)cam gitu pun menambat selera dan menggoda iman ini kan? kan?

Hari pertama puasa, hari pertama merasmi blog baru... Akak feliz ni bukannya apa.... Saja nak tukar angin... Akak feliz ni jenis yang cepat bosan sikit.... Tak taula kalau kawin nanti asyik tengok muka suami rope itu je... em.. tak taulah... Dia yang lari balik rumah mak dia ke akak feliz yang lari balik umah mak akak? He ... suka sangat melalut dalam blog nih....

Baru kejap tadi akak feliz ada baca pasal hikmat bulan Ramadhan... ha ada satu benda nak kena tegur ni... Masyarakat kita suka sangat panggil bulan Ramadhan ni sebagai bulan puasa... tak salah kita gelar macam tu. Cuma ianya kurang tepat.... Bila kita panggil bulan puasa, sedikit sebanyak sudah hilang makna bulan Ramadhan tu....

Bulan Ramadhan ni, bulan diturunkan Al-Quran, bulan Lailatulqadar. ha.... Bulan untuk kita menghayati Al-Quran... nak kena baca banyak-banyak ke? ke... nak kena solat lama-lama? ha.... mari kita tukar... Bila ada orang sebut je bulan puasa, kita pun sebut BULAN TAQWA...... Boleh tak?

Ha, bila kita puasa, puasa mengekang nafsu. Bukan mengekang perut je tau! Nafsu kita untuk membuat perkara yang dilarang boleh disekat kalau kita betul-betul mahu melakukan ibadah puasa dengan cara yang betul!Jaga pandangan mata.... jaga mulut..... jaga telinga... ha yang paling penting, jaga hati!

Kenapa baca A-QURAN tu penting? ha... sebab... ALQURAN hanya menjadi milik orang yang bertaqwa. ALQURAN hanya akan memburu orang yang hatinya berdenyut untuk memiliki rasa cinta Allah, takut mendengar nama Allah tetapi hatinya sentiasa mengejar cinta Ilahi yang Esa itu. ha... Nak jadi orang bertaqwa? Silakan! Jangan lupa baca Al-Quran.... (jangan baca saje... kena faham, kena mengerti dan kena amal...)

Mehla kita sama-sama berubah... Meh sume orang-orang kampung! JOM KITA TINGKAT TAQWA dalam dada!!! hu... Akak feliz harap, tahun ni punya bulan TAQWA takdela macam tahun-tahun ynag lepas. suram... gelap gelita... tak bercahaya... Nak juga rasa nikmatnya dan manisnya bulan Ramadhan. Semua orang setuju kan dengan akak feliz? Tak nak bulan Ramadhan kali ini jadi macam tahun-tahun yang lepas kan?

hu... Memang sukar nak menjadi orang bertaqwa ni... hanya doa yang kita dapat pohonkan.... eh! Jangan doa je... Kena ada semangat dan kekuatan untuk melakukan perubahan... Niat je tak cukup...Akak feliz mohon pada Ilahi semoga akak, ibu bapa akak, keluarga akak, kawan-kawan akak, dan seluruh umat Islam di dunia ini dapat merasa dan menikmati CINTA ILAHI yang sukar didapati itu.... Amin....

Semoga Ilahi memberkati kita semua.... Amin...