Thursday, August 12, 2010

2 RAMADHAN!

HA.... Ari ni akak feliz nak cakap satu benda lagi.... ha... Adakah puasa meletihkan kita semua? Letih ke?

ha.... puasa ni ada banyak kelebihan. salah satunya adalah berkaitan dengan kesihatan mental. kesihatan mental? meh kita tengok ramai-ramai.... begini.... akak feliz ada la menerawang di ruang sesawang yang lain dan ada la terbaca pasal puasa dan kesihatan. daripada apa yang akak feliz faham, puasa ni tak pernah pun memudaratkan tubuh mana-mana manusia yang mengamalkannya tapi, kena la puasa ikut cara yang betul.... bersahur.... cepatkan bersahur..... ha.... tak gitu?

dah banyak kajian saintifik yang menunjukkan bahawa puasa ni membuatkan kesihatan tubuh seseorang individu itu lebuh baik. ha... paling senang cerita, puasa ni mampu membantu dalam permasalahan berat badan dan metabolisme lemak dalam badan. ha.... nak kurus? Jom puasa!

puasa juga membantu metabolisme dalam badan untuk menjadi lebih stabil. kadar gula, garam, dan lemak akan berkurangan disebabkan oleh pengurangan pengambilan makanan dan pada masa yang sama, ia memudahkan badan kita untuk menjalankan proses ditoxification (buang bahan yang tak perlu atau beracun dalam badan...). penyakit-penyakit kronik macam kencing manis, darah tinggi dan kadar kolestrol yang tinggi dapat dikawal dengan mudah tanpa penggunaan dos ubat yang tinggi... ha...

ada satu kajian terhadap 32 lelaki ynag berpuasa di Bulan Ramdahan, didapati peratus kolesterol mereka menurun sebanyak 7.9% dan lemak trigliserida juga menurun sebanyak 30 % berbanding sebelum mereka mula berpuasa. ha.. tinggi tu... ni maksudnya, puasa dapat membantu mengurangkan lemak-lemak dalam badan kita ni. ha... tak payah minum jus, tak payah susah-susah melompat ke sana ke mari. ha... dah kurus! sihat lagi! tak nak ke sihat.....

kalau kita pose betul-betul.... InsyaAllah, semua okey, pose pun berkesan. yang boleh jadi tak berkesannya bila nak buka pose tu dia! bak kata ustaz jap tadi, ha macam dalam restoran! penuh bermeja-meja!

akak feliz ada la baca... bulan TAQWA ni... banyak-banyakla... minum air kosong... nak elak dehydration....

aduh... nak sambung makan lagi la.... tapi bukan benda berat ye...
sekian......

hujan lebat... sejuk! bestnye tidor...... esok cuti! yeye!

No comments:

Post a Comment